Tetapan DNS

Di sini kami menyediakan tutorial yang ringkas bagaimana untuk melakukan pelepasan dengan menggunakan kaedah tetapan DNS/DNS Settings. DNS adalah nama singkatan dari Domain Name System yang di mana dengan menggunakan Open DNS adalah sangat mudah dan tidak menyusahkan anda sewaktu melayari Internet. Open DNS dapat membantu anda untuk melayari Internet dengan tanpa had. Rujuk di pautan ini untuk memahami apa itu DNS.

Baiklah, dengan tetapan DNS ini anda hanya perlu membuat sekali sahaja dan ianya boleh dinyah-aktifkan.

1. Klik pada butang "Start" dan masuk ke "Control Panel"

2. Pilih "Network and Sharing Center"

3. Kemudian klik pada rangkaian Internet anda yang berada di bahagian "Connection"

4. Setelah itu akan keluar satu tetingkap baru, dan klik "Properties"

5. Klik dua kali(double click) pada "Internet Protocol Version 4"

6. Akan keluar satu tetingkap baru lagi dan tandakan(tick) "Use the following DNS server addresses"

7. Isikan angka DNS pada ruangan yang disediakan:
- Preferred DNS: 8.8.8.8
- Alternate DNS: 8.8.4.4

8. Setelah angka diisikan, klik butang OK dan tutup kesemua tetingkap.

9. Dan anda boleh nikmati kadar kunjungan laman sesawang yang tiada hadnya ke blog Kari Ngeri.

10. Selesai.

Jika anda kurang jelas dengan tutorial di atas, boleh ikut langkah-langkah yang dilakukan seperti di dalam video di bawah.

Tetapan DNS pada Windows 7.

( Tonton video ini dalam kualiti HD untuk lebih jelas ditonton )


Tetapan DNS pada Windows XP.

( Tonton video ini dalam kualiti HD untuk lebih jelas ditonton )


Tetapan DNS pada Windows Vista.

( Tonton video ini dalam kualiti HD untuk lebih jelas ditonton )